ARTIKEL

Jojo semakin digeruni dalam dunia muay thai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAGUH muay thai, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar dari Sarawak kini mempunyai rekod menggerunkan sejak menyertai ONE Championship pada Februari lalu.

Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo kini sudah meraih empat kemenangan menerusi kiraan knockout (KO) dengan yang terbaharu, menewaskan juara MuayThai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares dalam pertarungan ONE Fight Night 17 di Bangkok, Thailand Sabtu lalu.

Selain Tabares, peninju berusia 17 tahun itu juga pernah melakar kemenangan dengan keputusan KO ke atas lawan dari Russia, Temirlan Bekmurzaev dalam pertarungan ONE Friday Fights 36 (Oktober), Tai Sor Jor Piek Uthai (Thailand) di ONE Friday Fights 18 (Mei) dan Padetsuk Fairtex (Thailand) di ONE Friday Fights 6 (Februari).

Hanya satu kemenangan diraih Jojo menerusi keputusan sebulat suara iaitu ketika menentang Samurai Seeopal dari Thailand dalam ONE Friday Fights 25 pada Julai lalu.

“Alhamdulillah, 5-0 di ONE Championship dengan empat knockout. Terima kasih atas segala sokongan diberikan hingga kini. Saya akan terus mempamerkan peningkatan.

“Insya-Allah yang terbaik akan muncul nanti.

Malaysia Boleh!,” kata Jojo dalam satu hantaran di laman Instagram.

Semalam, Jojo hanya memerlukan 36 saat pada pusingan pertama untuk muncul pemenang bagi kategori catchweight MuayThai.

Kemenangan dilakar di bawah tempoh satu minit itu juga menyaksikan Tabares menjadi mangsa kedua Jojo.

Sebelum ini, atlet kelahiran Sarawak itu pernah menewaskan Fairtex dalam tempoh 16 saat.

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta