ARTIKEL

Jojo teruskan persediaan latihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Atlet muda Muaythai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfika mahu mengekalkan momentum pencapaian dengan meneruskan persediaan latihannya di Sarawak.

Atlet termuda yang mendapat kontrak ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM472, 749) itu mendedahkan sokongan padu di Sarawak cukup bernilai dan terbukti dengan pencapaiannya semenjak kali pertama menceburi pentas perlawanan antarabangsa itu.

“Hati saya memang mahu berlatih di Sarawak, 100 peratus mahu di Sarawak kerana keluarga, jurulatih, latihan dan sokongan cukup, jadi semua benda cukup.

“Sasaran saya untuk kekal di Sarawak dan setakat ini saya tidak berfikir untuk berpindah ke tempat lain kerana saya rasa Sarawak sudah cukup sempurna untuk saya capai tahap yang saya mahukan,” katanya.

Johan atau dikenali dengan nama Jojo berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) kira-kira jam 8.50 malam, pada Ahad.

Mengulas mengenai pencapaiannya selaku atlet termuda meraih kontrak ONE Championship itu, Jojo mengakui masih belum berpuas hati dengan persembahannya meskipun berbangga dengan kejayaan itu.

“Saya berasa bangga kerana menjadi atlet termuda mendapatkan kontrak itu.

“Jadi saya perlu berlatih keras untuk itu kerana saya antara yang sudah dikenali dunia dan antara lawan yang berada di kedudukan teratas,” katanya.

Biarpun sudah memasuki perlawanan keempat pentas itu, beliau mengakui tekanan masih terasa sejak kali pertama terlibat memandangkan intensiti setiap perlawanan adalah berbeza.

Menurutnya, kontrak One Championship diperolehi dijangka akan berlangsung selama dua tahun manakala perlawanan kelima akan diadakan di Qatar, Disember ini.

Untuk rekod, pada tahun 2022 Jojo menumpaskan peserta dari Rusia, Rustam Yunusob sekali gus dinobatkan juara kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022.

Dalam kejohanan ONE Championship, penampilan sulung Jojo memukau pengunjung dengan menumbangkan Padetsuk Fairtex, 18, melalui pukulan ‘knockout’ (KO) dengan masa 16 saat sahaja.

Beliau mendapat kemenangan kedua apabila menjatuhkan lawan, Tai Sor Jor Piek Uthai, 24, pada 26 Mei lalu manakala kemenangan ketiga menewaskan Samurai Seeopal, 18, pada 14 Julai lalu.

Anak kedua daripada empat adik beradik itu dilahirkan di Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Kuching Sarawak dan mewakili Kelab Muay Thai Rentap.

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur