ARTIKEL

Indonesian President Joko Widodo (L) speaks with Indonesia’s Defence Minister and presidential candidate Prabowo Subianto (R) before the inauguration of the National Defense Central Hospital (RSPPN) in Jakarta on February 19, 2024. (Photo by BAY ISMOYO / AFP)

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika dunia berdepan persaingan sengit.

Bercakap pada majlis itu, beliau menekankan keperluan untuk menangani kos logistik negara yang tinggi dengan menyaksikan penurunan daripada 24 peratus kepada 14 peratus sejak sedekad lalu disebabkan peningkatan kecekapan.

“Mereka yang mempunyai kecekapan yang baik adalah mereka yang menang permainan, jadi mereka jugalah yang memenangi pertandingan,” kata Jokowi.

Pelabuhan itu yang kedua terbesar selepas Tanjung Priok di Jakarta, membabitkan pelaburan sebanyak 5.4 trilion rupiah bersamaan dengan AS$345.81 juta.

Dengan kedalaman 16 meter, pelabuhan itu berupaya mengendalikan kapal kontena yang besar.

Beliau turut memuji pengurangan masa menunggu yang tidak melebihi tiga hari dan kapasiti pelabuhan sehingga 2.5 juta unit bersamaan 20 kaki itu meletakkan pelabuhan berkenaan mampu bersaing di peringkat antarabangsa sekali gus meningkatkan daya saing negara.

“Inilah kekuatan, potensi yang terus kita tingkatkan agar daya saing kita menjadi lebih baik berbanding negara lain,” tambah Jokowi. – Bernama

BERITA LAIN

PM Thailand sambut Songkran di Hua Hin

BANGKOK, Thailand: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, semalam menyambut Songkran atau Tahun Baharu Thai di Hua Hin, bahagian utara negara ini. Dalam hantarannya di platform X,

Darwin Nunez ‘hilang arah’ di Liverpool

KEUPAYAAN penyerang Liverpool, Darwin Nunez, selalu dibahaskan di Anfield tetapi beliau sering bejaya menghasilkan jaringan bagi kelab Merseyside itu. Ketika membahaskan kekalahan 3-0 Liverpool di

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman