Jom belia Matu buktikan anda hebat !

MATU: Urusetia Saberkas Cawangan Jemoreng membuat persiapan rapi bagi memastikan penganjuran Karnival Sukan Saberkas (Kasus) bermula 31 Ogos ini berjalan lancar.

Sehubungan itu jawatan berkenaan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan persiapan akhir menjelang acara penting yang dijangka melibatkan penyertaan belia dari sekitar daerah ini.

Mesyuarat berlangsung di Kampung Masjid Sekaan Besar itu dipengerusikan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abu Seman Jahwie yang juga Pengerusi Saberkas Jemoreng.

Timbalan Pengerusi Saberkas Cawangan Jemoreng, Abang Ikhsan Abang Abdul Ghani berkata, selain sukan, program itu juga akan diserikan dengan pelbagai acara menarik yang sesuai untuk belia setempat.

Menurutnya, program itu dilihat sebagai penghormatan untuk Saberkas Jemoreng kerana mereka terpilih untuk menganjurkannya.

Abu Seman (duduk tengah) bersama urusetia penganjur Kasus 2019.

“Mesyuarat itu merupakan sebahagian persiapan kita untuk memastikan program ini berjalan lancar mengikut perancangan,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak, semalam.

Abang Ikhsan berkata, antara program sukan yang tersenarai dalam program berkenan ialah Futsal Lelaki, Bola Jaring Wanita dan Badminton Campuran Beregu lelaki serta wanita.

Futsal lelaki katanya, dijangka akan berlangsung di Padang Futsal Kampung Pergau, Bola Jaring di Padang Bola Jaring Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Igan manakala Badminton pula di gelanggang badminton Majlis Daerah Matu dan Daro (MDMD).

“Saya mewakili seluruh jawatankuasa mengucapkan terima kasih atas pemilihan Saberkas Jemoreng untuk menganjurkan program ini.

“Kita menetapkan 31 Ogos hingga 1 September sebagai tarikh penganjurannya. Ayuh belia Matu jangan buang masa … kami jawatankuasa penganjur amat mengalu-alukan penyertaan kalian,” ujarnya.

Mesyuarat sebagai persiapan rapi menjelang penganjuran program yang dijangka melibatkan penyertaan belia Matu.

 

Kasus 2019 Saberkas Jemoreng bermula 31 Ogos hingga 1 September.