Jom Berambeh ke Paragon Bintulu

KUCHING: Jom Berambeh ke Paragon Bintulu antara program yang bakal menjadi tumpuan pada Januari 2021.
Program berlangsung pada 22 hingga 31 Januari di Naim Street Mall, Paragon Bintulu.
Pengerusi Penganjur Azfa Succes, Azmi Ahmad Shukri berkata, usahawan tempatan sekitar Bintulu termasuk dari pelosok Sarawak digalak untuk menyertai program berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya berasa bangga diberi peluang oleh Naim Street Mall untuk menganjurkan Jom Berambeh Bintulu Paragon.
“Terima kasih kepada Pengurus Kanan Naim Street Mall, Shawn Chai memberi peluang kepada kami untuk menganjurkan program.
“Setakat ini, sudah ada penyertaan dari usahawan semua daerah dan diharap penyertaan bertambah.
“Sewa tapak terbuka kepada semua usahawan dan diutamakan kepada usahawan Bintulu,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya memberi peluang kepada orang ramai untuk berniaga terutama mereka yang telah hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.
Selain itu katanya, ia menaik taraf punca pendapatan usahawan baharu dan lama.
“Sekiranya program ini berjaya, usahawan akan diberi tempat berniaga setiap hari di tempat yang sama dengan kadar sewa yang murah,” katanya.
Beliau berkata, program berkenaan memperkenalkan produk usahawan tempatan dan pemadanan perniagaan di kalangan usahawan.
Beliau berkata, dari segi jualan ia bebas dan tidak menyalahi undang-undang.
“Kategori jualan seperti makanan, minuman, bergoreng, berpanggang, aksesori, baju, kerepek dan lain-lain,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menyediakan 128 petak lot kepada peniaga.
“Sewa petak terbuka kepada semua usahawan dan keutamaan kepada peniaga di Bintulu,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menyasarkan lebih 1,000 pengunjung sehari sepanjang ekspo berlangsung.
Antara program yang berlangsung ialah aktiviti buskers, senamrobik, derma darah, pancaragam, bermukun, pertandingan karaoke dan sebagainya.
“Peniaga boleh menghubungi talian 010-9785253, 011-11678988 dan 013-8294248 untuk maklumat lanjut untuk sewa petak bagi program ini,” katanya.