Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Jom derma darah Sabtu ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
gambar hiasan

KUCHING: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Stampin akan menganjurkan Kempen Derma Darah pada Sabtu ini.

Program yang dianjurkan bersama Kelab Rotary Sri Kenyalang dan Farmasi SHiNE itu akan berlangsung di Pusat Beli-Belah Summer, Kota Samarahan dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Pengerusi PBSM Cawangan Stampin (Derma Darah dan Organ) Wendy Tan berkata, kempen tersebut bertujuan membantu mencegah kekurangan darah di Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Selain itu, akan dilaksanakan pemeriksaan kesihatan percuma termasuk tekanan darah, ketepuan oksigen, analisis badan dan konsultasi percuma kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan, hari ini..

Justeru itu, beliau menyeru orang ramai untuk menyokong inisiatif terbabit dan turun menderma darah bagi menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

gambar hiasan

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru