ARTIKEL

Jom jadi hero derma darah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Jom jadi hero dengan menderma darah kerana tindakan murni ini tidak memerlukan anda mempunyai kuasa luar biasa, cukup dengan hadir ke Tabung Darah.

Demikian seru Pegawai Sains di Tabung Darah Hospital Kapit, Izreena Saihidi yang turut berkongsi kutipan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sekitar purata 10 beg darah sebulan sahaja kerana pendermaan secara datang sendiri adalah kurang daripada kebiasaan.

Kesan daripada pandemik Covid-19 katanya, kutipan darah di Tabung Darah Hospital Kapit menurun dengan drastik dan tidak mampu untuk menampung keperluan pesakit sehingga mereka terpaksa mendapatkan bekalan dari Hospital Sibu.

Beliau memaklumkan Tabung Darah bergantung kepada sesi pendermaan darah secara bergerak namun terpaksa dihentikan sementara waktu ekoran peningkatan kes Covid-19 yang tinggi di Bahagian Kapit sebelum ini.

Tabung Darah Hospital Kapit amat berharap agar penduduk Kapit dapat tampil secara sukarela dengan berterusan di Unit Pendermaan Darah Hospital Kapit untuk menderma darah bagi memastikan bekalan darah yang mencukupi dapat dikumpul untuk kegunaan pesakit.

Unit Pendermaan Darah Kapit dibuka pada setiap Isnin sehingga Rabu, bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari dan 2.30 petang sehingga 4.30 petang.

“Derma darah tidak menyakitkan malah lebih menyihatkan,” kata Wan Jefri Wan Hashim, 45, seorang penderma darah yang ditemui di Tabung Darah di sini.

Beliau turut menyeru penduduk Kapit yang sihat untuk tampil menderma darah bagi membantu tabung darah memastikan bekalan darah mencukupi.

 

Sementara itu, seorang anggota Pejabat Penerangan Daerah Kapit, Daniel Jong, 26, yang turut menderma darah menyatakan setiap tiga bulan beliau akan hadir ke Pusat Pendermaan Darah kerana mengetahui menderma darah mempunyai manfaat yang pelbagai.

Tabung Darah Hospital Kapit turut mengalu-alukan agensi dan syarikat yang berminat untuk menganjurkan Kempen Derma Darah secara bergerak, bagi yang berminat boleh menghubungi Adriel di talian 084 -796333 ext 226. – Penerangan

 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Aseh harap isu ‘surat layang’ segera diselesaikan

PETALING JAYA, Selangor: Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu ‘surat layang’ dapat dinoktahkan segera selepas siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa melibatkan