Jom mendaftar sebagai pengundi

KUCHING: Anak muda yang lahir sebelum Jun 1999 dialu-alukan mendaftar sebagai pengundi pada suku kedua 2020.

Menurut laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pendaftaran sebagai pengundi bagi suku kedua tahun ini hanya berbaki enam hari lagi.

“Anak muda yang lagi pada tahun 1995, 1996, 1997, 1998 serta bulan Januari, Februari, Mac, April dan Mei 1999 berusia 21 tahun boleh mendaftar sekarang.

“Pendaftaran boleh dilakukan dalam talian di pejabat SPR, Pejabat Pos Malaysia dan melalui laman web di https://mysprdaftar.spr.gov.my,” kata laman web berkenaan.

Orang ramai juga boleh membuat semakan di laman web https://pengundi.spr.gov.my.