KUCHING: Persatuan Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri- Isteri (SABATI) dan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) buat julung kalinya menganjurkan pertandingan Jom Polah Kuih Bulan di Dewan Jamilah Yayasan Sarawak pada Selasa.
Menurut Bendahari SABATI, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin, lebih 20 kumpulan melibatkan 60 peserta dari pelbagai etnik di seluruh Sarawak.
Mereka berhimpun menyertai pertandingan itu sempena Festival Kuih Bulan dalam Kalendar Lunar.
Simbolik pertandingan ini untuk merapatkan silaturahim masyarakat majmuk dan saling mengenali serta memahami budaya tradisi komuniti kaum Cina di Sarawak.