ARTIKEL

Jom sertai kempen beli barang kitar semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan mengadakan Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula, Sisa Elektrik/Elektronik dan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai serta Sumbangan Pakaian Terpakai dengan kerjasama pelbagai Agensi dan NGO pada 13 April 2024 in di Balai Raya Lorong 20, Desa Wira.

Masa beroperasi pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Orang ramai disaran untuk menyertai kempen ini dengan menghantar dan menjual barangan kitar semula anda (kertas/surat khabar lama, botol plastik, tin makanan/minuman, besi), 𝘦-𝘸𝘢𝘴𝘵𝘦 (sisa elektrik dan elektronik) dan minyak masak terpakai serta menyumbang pakaian terpakai kepada Badan Kebajikan (Tzu Chi Foundation Kuching) bagi tujuan amal.

Harga untuk setiap barangan boleh dirujuk dalam poster yang telah disediakan.

Jangan lepaskan peluang ini untuk kita bersama-sama menjaga alam sekitar agar sentiasa bersih dan tempat kediaman yang selamat untuk didiami.

BERITA LAIN

Bekas wartawan penyiaran Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas wartawan penyiaran dari Sarawak, Datuk Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini semalam. Menurut laporan TVS hari ini, berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Faisal

BERITA TERBARU