Jom sertai larian Setia Raja Fun Run, 10 November ini

MUKAH: Buat julung kalinya bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Mukah yang akan datang, orang ramai diajak bersama untuk menyertai satu larian yang dinamakan Setia Raja Fun Run pada 10 November ini bertempat di perkarangan Masjid Setia Raja.

Program larian ini merupakan anjuran Jabatan Agama Islam Bahagian Mukah dengan kerjasama Millenium Creative Solution (MCS) dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Setia Raja Mukah.

Borang penyertaan larian boleh didapati di kaunter JAIS Mukah bermula petang ini dan yuran sebanyak RM50 untuk seorang penyertaan dan hendaklah dibayar terus ke akaun nombor 161109322129 (Kelab Kebajikan dan Sukan JAIS Mukah), manakala resit pembayaran perlu dikepilkan bersama sebagai bukti pembayaran.

Larian ini turut terbuka kepada semua orang awam yang berminat tidak kira umur dan latar belakang dari seluruh Sarawak dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 Oktober 2019.

Jarak larian ini ialah sejauh 5.5 kilometer yang akan bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Setia Raja Mukah dan larian akan bermula sekitar jam 6.30 pagi.

Orang ramai juga boleh mengisi borang penyertaan di atas talian di https://bit.ly/2lp9Sbz
Untuk maklumat lanjut tentang program larian ini orang ramai boleh menghubungi pihak jawatankuasa program di talian 014-5917869 (Khairan) dan 012-8744416 (Liyana).