Jom sertai MDDM Pay-B-Run 2019 pada 23 November ini

MUKAH: Orang ramai dijemput untuk menyertai satu larian ‘MDDM PAY-B-RUN 2019’ anjuran Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) dengan kerjasama Kelab Rekreasi MDDM (Mudak) yang akan berlangsung pada 23 November akan datang.

Menurut Pengerusi Kelab Mudak, Mohamad Nazir Besiri, larian tersebut akan diadakan di tapak Tapak Kaul Pantai Kala Dana Mukah bermula seawal jam 6 pagi.

“Larian ini pertama kali kita adakan pada tahun ini dan kita mensasarkan 150 orang peserta, kita akan berlari di sepanjang pesisir pantai dan terdapat dua kategori yang disediakan iaitu lima kilometer untuk Fun Run dan empat kilometer untuk Family Run (sepasang dewasa dan dua orang kanak-kanak enam tahun ke atas).

“Objekti utama larian ini ialah untuk memberikan kesedaran kepada penduduk setempat serta komuniti tentang kepentingan menjaga keindahan dan kebersihan pantai, selain mengeratkan hubungan perpaduan sesama kita,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Tambahnya program tersebut ialah salah satu inisiatif yang dilakukan oleh pihak MDDM dengan mengadakan Program ‘Sayangi Pantai Kita’ dan ‘Mukah Beach Run’ bagi mewujudkan kesedaran kepada semua.

Mohamad Nazir Besiri

Jelasnya lagi melalui larian ini juga mampu meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan menjaga kesihatan dan gaya hidup yang sihat.

“Bagi yuran penyertaan sebanyak RM45 (untuk 100 penyertaan terawal ) dan RM50 ( penyertaan 101 ke atas) untuk lima kilometer untuk Fun Run dan RM62 untuk empat kilometer untuk Family Run dan pembayaran perlu dijelaskan ke akaun Maybank Kelab Rekreasi Majlis Daerah Mukah (011104100582)

“Larian ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berusia enam tahun ke atas dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 November 2019,” ujarnya

Katanya diharapkan dengan penganjuran program tersebut ia dapat memberikan impak positif kepada komuniti setempat serta mengeratkan kerjasama antara pihak MDDM, di samping dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan belia.

Majlis pelancaran akan disempurnakan Walikota MDDM, Kadri Jamil, orang yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi Nazir di talian 013-8281400, Liza di talian 016-8655654 dan Tamrin di talian 013-8417664.

Boleh muat turun Borang Penyertaan di SINI

Suara Sarawak