HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Jom sertai pertandingan memancing di Tebingan Sungai Jeti Nelayan Darat Lubok Buaya Kampung Paya Mebi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Shamsudin menunjukkan ikan Kaloi yang dipancing dari Tebingan Sungai Jeti Nelayan Darat Lubok Buaya Kampung Paya Mebi.

 

 

KUCHING: Orang ramai dipelawa menyertai Pertandingan Memancing Udang dan Ikan yang akan diadakan di Tebingan Sungai Jeti Nelayan Darat Lubok Buaya Kampung Paya Mebi.

Dianjurkan oleh Persatuan Nelayan Darat Lubok Buaya Kampung Paya Mebi, pertandingan dijadualkan pada 3 dan 4 September nanti bermula jam 9.30 pagi sehingga 3.30 petang.

Pengerusi penganjur, Shamsudin Unai berkata pertandingan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM500 untuk johan, manakala bagi naib johan, tempat ketiga dan keempat ialah RM300, RM200 dan RM100.

     

Antara ikan dan udang yang diperolehi oleh pemancing dari Tebingan Sungai Jeti Nelayan Darat Lubok Buaya Kampung Paya Mebi.

Tambahnya, hadiah saguhati turut akan diberikan kepada pemenang kelima sehingga kesepuluh.

“Syarat-syarat pertandingan ialah hanya dibenarkan menggunakan satu mata kail bagi satu joran dan umpan bawa sendiri.

“Pemenang akan dikira melalui ikan atau udang terberat yang dihantar,” katanya sambil menambah hasil ikan atau udang adalah hak penganjur.

Menjelas lanjut, Shamsudin berkata bayaran penyertaan adalah RM30 bagi satu pancing, RM50 (dua pancing) dan RM60 (tiga pancing) serta terhad kepada tiga pancing untuk seorang.

Katanya tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Ogos, jam 5 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 019-8892545 (Shamsury), 013-7277456 (Jebat), 013-6960659 (Ebby) dan 017-8019763 (Ismail).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

1 April 2023

Berita Terbaru