Trending

Jom Sungkei, free market

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PROGRAM RamaiRamai Raikan Ramadan, Free Market dan Jom Sungkei anjuran Masjid Darusalam Kampung Baru Bintulu serta Yayasan Ikram Malaysia mendapat sambutan pada 25 Mac lalu.

Tiga program diadakan secara serentak ini bersempena program sambutan Ramadan secara besar-besaran anjuran Ikram Kawasan Bintulu bagi tahun ini.

Seramai 92 pelajar menyertai Program 3R yang diadakan saban tahun, manakala seramai 151 ibu bapa turut serta Kariah Masjid pada aktiviti berbuka puasa Jom Sungke untuk memeriahkan program.

Program Free Market dikunjungi penduduk setempat bagi mendapat barangan terpakai secara percuma.

Jom Sungke diadakan dengan tujuan untuk menyantuni warga Kampung Baru dan sekitarnya dengan program bermanfaat dan merapatkan ukhuwah masyarakat dan ahli Ikram Bintulu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru