ARTIKEL

JOTA peluang pengakap berhubung secara global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jamboree On The Air (JOTA) adalah peluang untuk pengakap di Sarawak berhubung secara global dengan rakan mereka sekali setahun, jelas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak Kapten Zainuddin Hamdan.

Menurutnya, tahun ini pengakap di Sarawak lebih bersedia untuk menghubungi rakan mereka di peringkat global kerana lebih banyak stesen radio ham diwujudkan dengan lebih ramai pengakap mengambil bahagian dalam acara itu.

“Stesen radio ham ditubuhkan di Kuching, Betong, Sibu, Bintulu dan Miri. Stesen Kuching melibatkan penyertaan pengakap di bandar raya Kuching, Petra Jaya, Matang, Samarahan, Serian dan Bau.

“Stesen Betong menyediakan perkhidmatan untuk pengakap di sekitar Betong, stesen Sibu menyediakan perkhidmatan untuk pengakap di sekitar Sibu, stesen Bintulu memberi perkhidmatan kepada pengakap di sekitar Bintulu dan stesen Miri untuk pengakap di Miri dan Lambir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibaca oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak (Perundangan, Pembangunan dan Perhubungan) John Lim Boon Beng semasa merasmikan JOTA di Pengakap Ibu Pejabat di Jalan Batu Lintang Kuching.

Zainuddin berkata, selain menggunakan radio ham, pengakap juga diberi peluang untuk menghubungi rakan melalui Internet.

Jelasnya, bagi menjadikan acara itu lebih menarik dan bermakna, pengakap dari luar Kuching turut mengadakan perkhemahan di pekarangan Ibu Pejabat Pengakap Batu Lintang.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Winston Lim berkata, tahun ini JOTA menarik 1,200 peserta dengan peserta yang berjaya menyelesaikan semua aktiviti ditetapkan dianugerahkan sijil dan lencana berprestij.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim