Jourdania belasah Tellian Laut B

SEMIFINALIS Piala Adun, Jourdania melakukan kejutan, membelasah skuad pilihan, Tellian Laut B 5-2 dalam aksi Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak MuFA Piala Parlimen Mukah di Stadium Mini Mukah Ahad lalu.

Gol-gol Jordania dijaringkan oleh Jaoar Razmi pada minit ke-27 melalui sepakan penalti.

Manakala empat lagi gol disumbangkan oleh Aznul Zulkarnain pada minit ke-52, Md Hirzi Talip minit ke-54,
Afdal Talip minit ke-60 dan Md Izzat minit ke-61.

Sementara itu, dua gol Tellian Laut dijaringkan oleh Ismail Ahmat pada minit ke-33 dan Ali Akbar pada minit ke-73.

Tellian Laut yang dibarisi majoriti pemain handalan dan berpengalaman menguasai permainan pada babak pertama, namun gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang.

MENANG… Barisan utama skuad Jourdania.

Sebaliknya, Jourdania bijak menyempurnakan peluang pada awal babak kedua, menyumbat tiga gol pantas dalam tempoh 10 minit menyebabkan Tellian Laut hilang arah.

Dua lagi pasukan dalam Kumpulan B ialah Leetonia dan Alo Star. Leetonia menang 5-1.

Dengan keputusan semalam, Kumpulan B kini diterajui oleh Leetonia sambil diikuti Jourdania, Alor Star dan Tellian Laut B.

JADUAL PERLAWANAN

SELASA
Petanak United Lwn KRT Tellian Tengah

RABU
Tellian Laut A Lwn Tanam FC

* Aksi bermula 4 petang
di Padang Mesra MDDM Mukah.

KECUNDANG… Barisan utama skuad Tellian Laut B.

Suara Sarawak