ARTIKEL

JPBM cadang bina balai bomba baharu di Kota Sentosa, Sungai Asap, Sebuyau, Dalat dan Batu Kawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak telah mengemukakan permohonan untuk membina kategori baharu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di kawasan luar bandar.

Menurut menterinya, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, keperluan teknikal dan kewangan cadangan pembinaan BBP baharu ini sedang disemak dan menjalani kajian analisis situasi sebelum dimuktamadkan dan diserahkan kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

“Dalam pada itu, jabatan tersebut telah berjaya memperoleh RM3.5 juta untuk pelaksanaan fizikal daripada cadangan bina BBP Kota Sentosa dan RM7 juta untuk cadangan BBP Sungai Asap pada tahun 2024.

“Selain itu, JPBM telah mengenal pasti tanah yang sesuai untuk pembinaan BBP di Sebuyau dan sudah diserahkan kepada Putrajaya untuk pengesahan dan kelulusan,” katanya.

Dr Sim yang juga Timbalan Premier berkata demikian dalam ucapan penggulungan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19, di sini, hari ini.

“Sementara cadangan pembinaan BBP Dalat juga telah diserahkan kepada Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri untuk peruntukan bajet di bawah Rolling Plan RMK-12 Pelan 4.

“Cadangan BBP Batu Kawa melalui pembelian bangunan industri yang dikenal pasti pula sedang dalam proses kelulusan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Putrajaya dan juga telah diserahkan ke ICU, Jabatan Perdana Menteri,” tambahnya.

Dalam hal berlainan, beliau memberitahu JPBM Sarawak menerima sebanyak 8,912 panggilan kecemasan dengan 1,888 daripada melibatkan panggilan kebakaran, 6,802 panggilan menyelamat, 217 panggilan untuk perkhidmatan khas dan lima panggilan gurauan untuk tempoh Januari hingga 31 Oktober lalu.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim