Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

JPBN perketat tatacara kemasukan ke Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melaksanakan beberapa perubahan tatacara kemasukan pengembara ke Sarawak berkuat kuasa 12 Disember.

Menurut JPBN, keputusan ini dibuat susulan sekatan perjalanan sementara bagi lapan buah negara ke Malaysia bermula 27 November lalu dan lima buah negara lain yang melaporkan penularan varian Omicron.

“Lapan negara tersebut ialah Afrika Selatan, Bostwana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

“Sementara lima lagi negara melibatkan United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Perancis dan Norway,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, semua pengembara yang tiba dari semua negara tersebut dikenakan sekatan perjalanan sementara.

“Manakala pengembara dari negara-negara lain perlu menjalani ujian RT-PCR dua hari sebelum berlepas dan semasa ketibaan, memohon dalam EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration (eHDF).

“Untuk pengembara iaitu warganegara dan pemegang pas lawatan jangka panjang yang tiba dari negara yang dikenakan sekatan, mereka perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari tanpa mengira status vaksinasi dan keputusan RT-PCR negatif pada hari ke-12,” jelas JPBN.

Tambahnya, pengembara yang datang dari negara-negara lain atau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari perlu menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari untuk mereka yang lengkap vaksinasi dan ujian RT-PCR pada hari ke-5.

“Bagi yang belum lengkap atau tidak divaksin perlu menjalani kuarantin selama 10 hari dan ujian RT-PCR pada hari ke-8,” jelasnya.

Dalam pada itu, JPBN mewajibkan semua pengembara mengisytiharkan sejarah perjalanan mereka kepada petugas saringan kesihatan di pintu masuk negeri.

” Tindakan undang-undang yang tegas akan diambil sekiranya memberi maklumat palsu, gagal memberi maklumat status kesihatan atau gagal mengisytiharkan sejarah perjalanan dahulu,” tegas JPBN..

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News