JPBN sasar suntikan vaksin 42,500 dos sehari

KUCHING: Sarawak sedang melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 yang lebih komprehensif dengan kedatangan 380,000 dos vaksin Sinovac.

Vaksin terbabit diterbangkan dengan pesawat Mas Kargo tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 12.20 tengah hari, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah dan penasihatnya Datuk Seri Sim Kui Hian serta Pemangku Pengarah Kesihatan Negeri Dr.Rosmawati Ariffin antara hadir untuk menyaksikan ketibaan vaksin terbabit.

Bercakap kepada media, Uggah memberitahu, Sarawak melakukan banyak perancangan beberapa bulan ini untuk memanfaatkan sepenuhnya pertambahan bekalan vaksin.

“Kita berusaha untuk membangunkan lebih banyak pusat vaksinasi, kemudahan awam dan kemudahan pusat rawatan swasta serta hospital bagi menubuhkan pasukan bergerak yang boleh mengakses pedalaman.

“Kita mengenal pasti 130 klinik dan hospital kerajaan dengan kapasiti vaksinasi harian sehingga 24,300 dos.

“Kita juga akan mendirikan pusat pemberian vaksinasi di 102 stadium, balai raya, pejabat dan rumah panjang dengan sasaran 42,500 dos sehari,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Jun 2021

Suara Sarawak