HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

JPBN setuju gunapakai protokol KKM

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Kredit: KKM

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bersetuju untuk menggunapakai ketetapan serta protokol baharu yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

JPBN dalam kenyataan medianya hari ini berkata, ia selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 27 April lalu.

“Justeru, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menggunapakai ketetapan serta protokol baharu yang ditetapkan tersebut.

“Keputusan ini berkuatkuasa mulai 1 Mei ini,” katanya.

Antara protokol yang yang ditetapkan adalah tidak mewajibkan imbasan kod QR MySejahtera apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam; pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka serta kes positif Covid-19 perlu menjalani pengasingan selama tujuh hari dari tarikh sampel positif diambil.

Selain itu, protokol yang dibuat oleh KKM juga adalah tidak perlu penjarakan fizikal di antara individu atau kumpulan dengan penggunaan 100 peratus kapasiti ruang; penjarakan fizikal digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka dan salam dibenarkan, tetapi sentiasa mencuci atau membersihkan tangan dan jangan sentuh muka selepas bersalaman.

Seterusnya, kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka dan individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis adalah mereka yang positif Covid-19, individu dalam tempoh HSO termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN memaklumkan bahawa laporan mingguan kes Covid-19 hanya akan dikeluarkan pada setiap hari Isnin.

Berhubung situasi Covid-19 di Sarawak ketika ini, JPBN memaklumkan Sarawak mencatatkan kadar vaksinasi yang tinggi dalam populasi dewasa dengan 91 peratus telah lengkap vaksinasi dan 75 peratus telah menerima dos penggalak.

Manakala bagi kes Covid-19 katanya, kadar kemasukan kes Covid-19 ke hospital dan penggunaan wad rawatan rapi semakin berkurangan.

“Selain itu, pil antiviral Paxlovid kini boleh didapati di Sarawak dan kit ujian kendiri Covid-19 mudah didapati di pasaran,” jelasnya.

Sementara, sekiranya berlaku kenaikan kes Covid-19, JPBN akan menyediakan hospital medan (Hospital Sementara di Sibu, Miri dan Kuching).

Bagi kes positif di Sarawak hari ini, JPBN memaklumkan Sarawak mencatatkan dua angka dengan merekodkan sebanyak 97 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 305,190 kes.

Ujarnya, daerah Kuching merekodkan 36 kes, diikuti Bintulu (15), Miri (13), Sibu (12), Samarahan (4), Serian (3) dua kes di daerah Subis, Meradong, Kapit serta Lundu dan masing-masing satu kes di Sarikei, Simunjan, Kanowit, Lubok Antu, Tatu dan Saratok.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru

Menjinak AI

PAKAR fizik Oxford Stephen Hawking yang terkenal dengan tesis lubang