JPBNS akan gunakan  sistem pendaftaran penerimaan vaksin mesra rakyat

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bercadang untuk memperkenalkan satu sistem bagi memudahkan pendaftaran dan penerimaan vaksin Covid-19 kepada Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, cadangan itu bagi memastikan semua rakyat Sarawak tidak tercicir daripada menerima vaksin berkenaan.

“Seperti yang kita sedia maklum, untuk mendapatkan vaksinasi mereka perlu mendaftar di aplikasi MySejahtera. Bagi mereka yang tidak mempunyai nombor telefon boleh menyebabkan pendaftaran mereka ditolak.

“Oleh sebab itu, kita perlu melaksanakan satu sistem yang mesra Sarawak bagi menangani masalah sistem perhubungan terutamanya program imunisasi Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mengadakan lawatan Program Imunisasi Covid-19 fasa kedua di Stadium Tertutup Sarawak, hari ini.

Suara Sarawak