JPBNS: PKPB dilanjutkan di Sarawak sehingga 15 Mac

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak akan dilanjutkan untuk tempoh 14 hari berkuatkuasa 1 hingga 15 Mac ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut dilaksanakan setelah melihat dan menilai situasi kes positif di Sarawak yang semakin meningkat.

“JPBNS telah memutuskan untuk melanjutkan PKPB di Sarawak berkuatkuasa 1 Mac jam 12.01 pagi hingga 15 Mac ini jam 11.59 malam,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, JPBNS turut menyatakan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan bagi Skim Penempatan Semula Sentosa, Fasa 2, Sibu.

“Keputusan itu dibuat susulan penilaian risiko setelah kes positif yang melibatkan kawasan Sentosa di daerah Sibu.

“Justeru itu, PKPD bagi Sentosa, Sibu berkuatkuasa mulai 27 Februari (12.01 pagi) hingga 12 Mac ini (11.59 malam),” jelasnya.

Suara Sarawak