Trending

JPJ buka kaunter bergerak di kampung

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KOTA SAMARAHAN: Perkhidmatan kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diadakan di Kampung Mang di sini, kelmarin. Program tersebut diadakan sempena Program Agihan Bubur Lambuk JPJ Negeri Sarawak Bersama Komuniti Kampung Mang Samarahan 2023.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas) semalam, perkhidmatan kaunter bergerak tersebut bagi memudahkan penduduk kampung termasuk di kawasan sekitar memperbaharui lesen memandu serta cukai jalan.

Selain itu, ceramah keselamatan jalan raya dan advokasi turut diadakan untuk memberikan kesedaran kepada komuniti setempat lebih-lebih lagi kepada pengguna jalan raya. Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Sarawak Christopher, Pegawai Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Negeri Sarawak Alex Boniface Barau dan Pegawai Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Negeri Sarawak Juty Sagam turut hadir.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru