ARTIKEL

JPJ diarah perbaiki sistem JPJeBid – Anthony Loke

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperbaiki sistem JPJeBid yang berdepan kekangan kapasiti pada waktu puncak.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan telah dimaklumkan mengenai dakwaan kemungkinan berlaku kekurangan tadbir urus berkaitan pendaftaran nombor plat klasik oleh JPJ.

“Susulan maklumat itu yang terkandung dalam dokumen JPJandora Papers, saya telah mengetengahkan perkara tersebut dalam mesyuarat pasca-Kabinet hari ini dan mengarahkan penubuhan sebuah Pasukan Petugas Khas di Kementerian Pengangkutan yang turut akan dianggotai oleh Unit Integriti kementerian,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Loke, pasukan itu telah diamanah menyiasat dakwaan tersebut dan mengesyorkan penambahbaikan untuk memperkasa ketelusan proses pendaftaran nombor plat klasik.

– BERNAMA

BERITA LAIN

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan

BERITA TERBARU