ARTIKEL

JPJ keluarkan notis temu siasat terhadap seorang pemandu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang pemandu diberi Notis Panggilan Temusiasat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas kesalahan tidak menggunakan tali pinggang keledar.

Menurut JPJ Sarawak dalam klip video, kesalahan tersebut dikesan oleh Unit Falcon JPJ Kuching di sekitar bandar Kuching.

“Kesalahan tersebut dirakam melalui Enforcement Action Camera (EAC).

“Notis Panggilan Temusiasat di bawah Seksyen 114(1) APJ 1987 telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan dan dikehendaki hadir ke Unit Pengurusan Aduan dan Siasatan JPJ untuk tujuan siasatan dalam tempoh satu bulan dari tarikh notis dikeluarkan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Untuk sebarang aduan trafik boleh disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan @jpj atau http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil