NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

JPJ periksa 1,279 kenderaan, keluar 283 notis

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Norizan (tiga kiri) menjawab soalan media sempena Op Hari Raya Aidiladha.
Norizan (tiga kiri) menjawab soalan media sempena Op Hari Raya Aidiladha.

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak memeriksa sebanyak 1,279 kenderaan dan mengeluarkan 283 notis terhadap pengguna jalan raya menerusi Op Hari Raya Aidiladha di Jalan Kuching-Serian, di sini malam tadi.

Operasi bermula jam 7.30 malam sehingga jam 12 tengah malam itu turut disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili berkata, operasi yang bermula pada Khamis turut menjalankan pemeriksaan air kencing terhadap pemandu dan pemeriksaan bas di seluruh terminal bas Sarawak.

“Semua pemandu bas yang diperiksa adalah negatif. Malah keadaan bas juga memuaskan, kita turut menyemak keadaan brek dan tayar.

“Itu yang kita semak dan ambil berat untuk keselamatan penumpang,” katanya kepada media sempena Op Khas Motosikal, di sini malam tadi.

Dalam pada itu Norizan berkata, pemilik kenderaan menggunakan lampu putih (HID), mengggunakan nombor pendaftaran aneh dan cermin gelap turut diambil tindakan.

Tegasnya, pihaknya tidak akan bertoleransi dengan pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut terutamanya menggunakan lampu putih.

Baca lain  RM797 juta untuk pembangunan pertanian Sarawak

“Lampu putih ini menyilaukan mata dan merbahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

PERIKSA….Norizan (tiga kiri) memeriksa kenderaan pada sekatan jalan raya di Jalan Kuching-Serian sempena Op Hari Raya Aidiladha, malam tadi. 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru