Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

JPJ Sarawak lancar Ops Perayaan Hari Krismas sehingga 29 Diseber 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Norizan Jili melakukan pemantauan Ops Perayaan Hari Krismas, di Kuching Sentral, hari ini (Foto oleh Alif Noni)
Norizan Jili melakukan pemantauan Ops Perayaan Hari Krismas, di Kuching Sentral, hari ini (Foto oleh Alif Noni)

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melancarkan Ops Perayaan Hari Krismas bermula hari ini sehingga 29 Disember untuk mempertingkatkan keselamatan di jalan raya sempena musim perayaan Hari Krismas.

Pengarahnya Norizan Jili berkata, Ops itu dilaksanakan susulan berlaku peningkatan statistik nahas jalan raya pada tahun ini berbanding tahun lepas.

Berdasarkan data daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), dedahnya statistik nahas jalan raya tahun ini mengalami peningkatan sebanyak 0.70 peratus iaitu setakat September lalu, 15,947 kes direkodkan berbanding tahun lepas yang hanya mencatatkan 15,836 kes.

“Manakala bagi kemalangan maut, ia juga meningkat daripada 208 kes kepada 248 kes pada tahun ini.

“Justeru menerusi Ops ini, JPJ amat serius terutamanya dalam mencapai sasaran pengurangan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya setiap tahun, sekurang-kurangnya 50 peratus menjelang tahun 2030, berdasarkan Resolusi Persidangan 74/299 (31 Ogos 2020) Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memantau Ops Perayaan Hari Krismas, di Kuching Sentral, hari ini.

Sehubungan itu Norizan mendedahkan Ops yang dijalankan ini akan menekankan kepada aktiviti advokasi dan penguatkuasaan termasuk pemeriksaan bas di tiga terminal bas negeri ini iaitu Kuching, Sibu dan Miri.

Antara kaedah yang dilaksanakan katanya adalah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres, pemantauan lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya, pelaksanaan Perception of Being Caught (POBC) secara rondaan, pemantauan lokasi kerap berlaku nahas jalan raya serta Ops Khas Motosikal seluruh negara di lorong motosikal.

“Menerusi usaha ini, kita akan memanfaatkan sepenuhnya aset dan pasukan penguatkuasa melibatkan pengoperasian Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) dan pengoperasian Stesen Penguatkuasa (SPK),” tambahnya.

Hadir sama dalam operasi berkenaan Timbalan Pengarah JPJ Sarawak Erick Jusiang dan Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Sarawak Maya Morshidi.

Norizan Jili melakukan pemantauan Ops Perayaan Hari Krismas, di Kuching Sentral, hari ini (Foto oleh Alif Noni)

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru