ARTIKEL

JPJ tambah slot janji temu, mudahkan urusan orang ramai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan menambah jumlah slot janji temu bagi memudahkan orang awam berurusan di kaunter agensi berkenaan.

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin berkata, kementeriannya telah menerima aduan dan maklum balas mengenai kesukaran membuat janji temu secara dalam talian melalui pautan Facebook JPJ Sarawak.

“Oleh kerana sebilangan besar orang awam membuat janji temu, diakui bahawa sebahagian besar slot habis dalam beberapa minit.

“Ini disebabkan oleh kuota terhad yang diperuntukkan di setiap kaunter untuk memenuhi keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk perkhidmatan kaunter awam,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, untuk mengatasi masalah ini, beliau mendedahkan bahawa agensi itu telah menambah jumlah slot daripada 70 menjadi 100 slot temu janji.

“Ini bermaksud urus niaga kakitangan kaunter juga akan meningkat daripada 210 tugas menjadi 300 tugas.

“Strategi ini akan membolehkan lebih banyak orang awam dilayan dan akan membantu mengurangkan masa menunggu tempahan dalam talian,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa JPJ Sarawak akan memberi tempoh masa kepada pemandu di Sarawak untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu sehingga 30 September ini.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU