ARTIKEL

Nancy (empat kiri) melawat tapak gerai sempena Program “Juh Rasa-Rasa Akuakultur” Jabatan Perikanan Laut Sarawak dan Pertandingan Raja Tengiri Edisi ketiga (2024).

JPLS peruntuk RM1.7 juta, perkasa pembangunan komuniti akuakultur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) memperuntukkan RM1.7 juta pada tahun ini kepada 23 peserta bagi  pelaksanaan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SpeKS).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peruntukan itu adalah untuk penstrukturan semula dan pembangunan komuniti akuakultur.

Nancy merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu yang hadir sempena Program “Juh Rasa-Rasa Akuakultur” Jabatan Perikanan Laut Sarawak dan Pertandingan Raja Tengiri Edisi ketiga (2024).

“Di Parlimen Santubong, bantuan sebanyak RM271,600 diberikan dalam bentuk input operasi dan peralatan mudah alih.

“Kerajaan juga melaksanakan projek membina 42 unit sangkar kayu di Sungai Santubong dan Sungai Salak dengan kos RM425,850, yang memberi manfaat kepada penternak ikan siakap di kawasan tersebut,” katanya.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, kerajaan sentiasa menggalakkan pelaburan dan perniagaan akuakultur dengan menawarkan kemudahan pembiayaan seperti pinjaman mudah, geran usahawan muda dan insentif kerajaan.

Mengulas tentang penganjuran program “Juh Rasa-Rasa Akuakultur” dengan tema “Rasa Lok, Nang Nyaman”, beliau berkata ia diadakan untuk memperkasakan industri akuakultur dalam memenuhi keperluan sumber protein rakyat.

Tambahnya, selain padi, beras, buah-buahan dan sayur-sayuran serta ternakan, industri perikanan dan akuakultur adalah salah satu subsektor utama di bawah Dasar Agromakanan Negara menjelang 2030.

“Spesies marin utama di Sarawak termasuk siakap dan udang laut, sementara spesies baharu seperti ikan tilapia GIFT (GeneticImprovement of Farmed Tilapia) dan ikan susu juga dipromosikan kerana kelebihan dalam pertumbuhan dan rasa.
 
“Benih ikan Tilapia GIFT yang dihasilkan mempunyai kadar tumbesaran yang lebih cepat berbanding Tilapia Merah, lebih tahan daripada serangan penyakit dan rasa lebih enak serta mempunyai struktur isi yang lebih pejal.
 
“Manakala spesis ikan susu iaitu dengan nama saintifiknya ‘Chanos chanos’ juga popular di luar negara seperti Filipina dan Indonesia, malah mempunyai pasaran yang agak luas di negeri Sabah,” ujarnya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya