ARTIKEL

JPN akan baiki segera SK Siniawan, SK Serumbu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Keadaan beberapa bangunan di SK Siniawan dan SK Serumbu setelah bumbungnya diterbangkan angin kencang pada 25 November lalu.

KUCHING: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan menyediakan peruntukan segera untuk membaiki kerosakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Siniawan dan SK Serumbu akibat dibadai angin kencang pada 25 November lalu.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Dr Azhar Ahmad berkata ia bagi memastikan kedua-dua sekolah terbabit dibaiki segera.

“Pihak JPN akan menyediakan peruntukan segera untuk membaiki kerosakan,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Dalam hujan lebat yang disusuli angin kencang yang berlaku kira-kira jam 1.30 petang Jumaat lalu, kedua-dua sekolah yang terletak dalam kawasan Serembu itu mengalami kerosakan teruk apabila sebahagian besar bumbung bangunan kelas diterbangkan.

Keadaan itu menyebabkan beberapa bangunan sekolah tidak dapat digunakan, sekali gus menjejaskan sesi persekolahan di sekolah-sekolah terbabit.

Di SK Serumbu misalnya, kabel elektrik yang menyambungkan bekalan elektrik ke prasekolah telah putus
akibat rempuhan serpihan kayu dan atap.

Malah, kebanyakan peralatan komputer telah basah dan rosak.

 

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU