JPPM Sarawak anjur permeriksaan rutin bagi menjaga kesihatan kakitangan

KUCHING: Seramai 17 kakitangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Sarawak melakukan pemeriksaan kesihatan bertempat di pejabat itu semalam.

Program pemeriksaan kesihatan itu diketuai oleh pengarah sendiri iaitu Georgina Apphia Ngau.

Menurut Georgina, kakitangan JPPM digalakkan menjalani pemeriksaan rutin untuk menilai tahap kecergasan mereka.

“Program ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada kakitangan JPPM membuat pemeriksaan kesihatan secara terperinci disamping kesibukan menjalankan tugas.

“Ini memberi kesedaran kepada kakitangan mengenai pentingnya menjaga kesihatan diri,” katanya.

Selain pemeriksaan kesihatan, wakil daripada m Advanced Pathology, Dr Bego terlebih dahulu memberikan sedikit keterangan mengenai pentingnya menjaga dan memelihara kesihatan diri.

Kelihatan Georgina Apphia Ngau menjalani pemeriksaan kesihatan di Pejabat JPPM Sarawak di Kuching, semalam.

 

Suara Sarawak