ARTIKEL

PASUKAN JPS yang menjuarai acara bola sepak Karnival SCS JPS bersama-sama R&DO Edisi Keempat di Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini

JPS juara bola sepak Karnival Perkhidmatan Awam Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Jabatan Premier Sarawak (JPS) memuktamadkan penguasaan mereka pada Karnival Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) JPS bersama-sama Pejabat Residen dan Daerah (R&DO) Edisi Keempat selepas membenam R&DO Mukah pada pusingan akhir bola sepak di Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini.

Mereka berjaya meledakkan empat gol untuk bergelar juara.

Sementara, R&DO Mukah yang turut menjaringkan gol tunggal terpaksa berpuas hati sebagai naib juara.

Tempat ketiga disandang oleh R&DO Kota Samarahan.

Setiausaha Kerajaan Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki turut menyaksikan perlawanan, sekali gus merasmikan karnival.

Terdahulu JPS memonopoli hampir kesemua acara yang dipertandingkan.

Antaranya bergelar juara keseluruhan dalam acara e-Sukan iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Selain itu, juara bagi pertandingan dart, bola tampar, sepak takraw, ping pong dan badminton.

MUKTAMAD… Keputusan akhir bola sepak antara JPS dan R&DO Mukah.

BERITA LAIN

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia meneruskan kemaraan dalam Terbuka Australia dengan bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain Jepun

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu