ARTIKEL

JTS patah aktiviti pindah batuan tanpa kelulusan, sita 17 jentera berat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) menyita 17 jentera berat dalam satu operasi membanteras kegiatan cuba memindahkan bahan batuan tanpa kelulusan di bahagian ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Unit Perhubungan Awam JTS Sarawak memaklumkan, kesemua jentera itu dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti berkenaan.

Jentera-jentera yang terlibat dalam aktiviti pemindahan bahan batuan.

“Aktiviti ini berjaya dikesan hasil daripada rondaan yang dilaksanakan.

Kes disiasat di bawah seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81).

“Adalah menjadi satu kesalahan menjalankan aktiviti pengorekan, pemindahan bahan batuan tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Survei. Kesemua jentera ini disita untuk dijadikan sebagai bahan bukti,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti berkenaan kepada jabatan melalui talian 082-374555 (Ibu Pejabat), perkhidmatan Talikhidmat melalui laman sesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.my atau panggilan ke nombor 555999.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU