ARTIKEL

Juh Berambeh Sungkey, Buka Puasa Picnic Style Di Padang Merdeka Kuching.

Ju, sungkei berkelah di Padang Merdeka Sabtu tok, 23 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Orang ramai khususnya umat Islam dijemput bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa di Padang Merdeka, Sabtu ini, 23 Mac.

Bertemakan “Sungkey Picnic Style”, program anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu bermula pada jam 6 petang. 

Program berbuka puasa tersebut menjanjikan pengalaman menyeronokkan dan santai.

Turut disajikan percuma pada hari tersebut ialah hidangan bubur lambuk. 

Setelah berbuka puasa, solat Maghrib berjemaah turut diadakan di Padang Merdeka. 

Orang ramai turut dipelawa membawa makanan sendiri dan tikar sebagai alas pada hari tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU