Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Jual 2,400 putu mayung sehari

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

OLEH: NAZRUL ZAWAWI ( PELATIH UNIMAS)

MENJADI pilihan masyarakat hampir 30 tahun, laungan “Putu Mayang, Putu Mayang” daripada Pak Abu Putu Mayung atau Mayang sentiasa mengisi kemeriahan suasana di Jalan India, Kuching.

Biarpun hanya menjual putu mayung, kehadiran sosok tubuh Abu Bakar Rajab, 63, yang mesra dipanggil Pak Abu sentiasa dinanti-nantikan oleh masyarakat berbilang kaum tanpa mengira usia.

Pak Abu ketika ditemui memberitahu, putu mayung menjadi makanan ruji masyarakat setiap kali berkunjung ke Lebuh India, Kuching. “Saya berniaga di sini (Sarawak) sejak 2006 lagi.

Sebelum ini, berniaga putu mayang di Kedah,” katanya kepada Suara Sarawak.

Menurutnya, putu mayung merupakan makanan tradisi kaum India iaitu “Idi Apom” yang diperbuat daripada tepung beras yang dimakan bersama kelapa parut dan gula perang.

“Putu mayung ini dimasak dengan mengukus menggunakan periuk pengukus yang dicipta khas untuk memasak lapan raga putu mayang yang selesai diadun.

“Proses menyediakan adunan sehingga siap dimasak memakan masa sekitar tiga hingga empat jam,” katanya.

Pak Abu yang mudah dikenali keranan identitinya menggunakan tarbus merah juga pernah berniaga putu mayung di Medan Niaga Petanak Sungai Maong, Medan Niaga Satok dan Kubah Ria.

“Lokasi diubah berdasarkan permintaan pelanggan.

Sekiranya permintaan di lokasi A kurang, saya akan ubah pula ke lokasi ke B. Sekurang-kurangnya putu mayung saya habis dijual,” katanya.

PAK Abu melayani permintaan pelanggan di Lebuh India, Kuching

Mahir pelbagai bahasa

Pak Abu yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang bukan sahaja mahir berkomunikasi dalam bahasa Melayu, namun turut mahir berkomunikasi dalam bahasa Mandarin, Melanau, Tamil dan Inggeris.

Baca lain  Pertimbang subsidi bagi pembelian panel solar

“Tujuan saya mempelajari banyak bahasa kerana saya tahu pelanggan yang membeli putu mayang terdiri daripada pelbagai bangsa.

“Kalau orang barat bercakap bahasa Melayu mesti kita bangga, itu yang saya buat apabila saya berkomunikasi bahasa kaum lain.

Pelanggan yang membeli juga terhibur,” katanya.

Kongsinya lagi, mempelajari bahasa baharu memerlukan komunikasi dua hala antara penutur agar dapat memahami bahasa dengan baik.

PAK ABU

Tambahnya, untuk mendapat keberkatan dalam perniagaan, pentingnya menjaga bahasa dengan pelanggan, sentiasa rendah diri dan menghormati orang lain.

“Kalau kita bercakap sesuka hati, orang lain akan lihat kita sebagai seorang yang syok sendiri dan tidak beradab. 

“Kata orang dahulu, bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar,” tegasnya.

Perintah Kawalan Pergerakan

Perniagaan Pak Abu berkembang maju melalui pembukaan kios putu mayung pertama di Mydin Petra Jaya pada 1 Ogos 2020.

“Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan pada masa itu tidak membenarkan berniaga di tepi jalan, anak-anak saya mencadangkan perniagaan putu mayang ini dijalankan di pusat beli-belah.

“Pada waktu itu, pusat belibelah sahaja diberi kelonggaran untuk beroperasi. Jadi saya dan anak-anak membuka kios ini demi kelangsungan perniagaan,” tambahnya.

Selain di Mydin Petra Jaya, Pak Abu juga membuka sebuah lagi kios di Plaza Merdeka.

Menurutnya, perniagaannya kini dibantu oleh anak-anaknya yang menguruskan kios dan operasi penghasilan putu mayang.

Baca lain  Tiga RUU dibentangkan pada mesyuarat kedua DUN Sarawak, minggu depan

“Anak perempuan saya (Siti Fatonah) akan menguruskan operasi perniagaan di kios, manakala anak lelaki saya (Muhammad Abu Amin) bertanggungjawab untuk memastikan bahan-bahan untuk menghasilkan putu mayang mencukupi selain menghantar pesanan pelanggan berdasarkan permintaan,” jelasnya.

Bagi pemprosesan putu mayung, Pak Abu menggaji tiga pekerja untuk menghasilkan kirakira 2,000 hingga 2,400 keping putu mayang setiap hari.

“Kami akan menggunakan sebanyak 30 kilogram tepung beras bagi penghasilan putu mayang setiap hari,” katanya.

Rahsia kekal sihat

Meskipun sudah berusia 63 tahun, Pak Abu bersyukur kerana belia tidak menghidap apaapa penyakit, walaupun ramai yang pada usianya diuji dengan pelbagai penyakit.

“Walaupun saya sudah mencapai usia 63 tahun, syukur kerana masih dikurniakan oleh Allah SWT kesihatan yang berpanjangan dan bebas penyakit,” katanya.

Berkongsi tentang pengambilan makanan, Pak Abu memilih untuk tidak makan makanan yang berat seperti nasi ataupun mi, sebaliknya hanya mengambil sepotong roti pada waktu malam.

“Manakala pada waktu siangnya pula, jumlah makanan saya ambil hanya separuh daripada kuantiti biasa kerana tidak mahu makan berlebihan sehingga menyebabkan badan kita malas untuk bekerja.

“Biarlah kita makan hanya untuk kelangsungan hidup dan bukannya hidup untuk makan semata-mata, terlebih makan juga akan mengundang pelbagai penyakit,” kongsinya lagi.

Ditanya tentang rutin harian, beliau akan bangun sebelum subuh untuk menyediakan bahanbahan membuat putu mayung, kemudian keluar berniaga pada jam 11.00 pagi.

Baca lain  Tiket penerbangan mampu milik

Manakala pada waktu petang pula, beliau akan meluangkan masa bersama-sama rakanrakan dan akan pulang ke rumah sebelum maghrib.

“Pada usia begini, jangan hanya duduk di rumah tanpa melakukan aktiviti kerana akan membuatkan kita banyak berfikir dan akhirnya tertekan.

“Penting untuk kita mengisi waktu harian kita dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan kerana badan memerlukan pergerakan untuk kekal sihat,” pesannya.

Pak Abu juga berpesan, kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan, bulatkan niat yang betul supaya tidak kecundang semasa berniaga.

“Buatlah sesuatu untuk anda dan keluarga anda. Berusahalah meningkatkan ekonomi diri melalui perniagaan,” pesannya lagi.

Beliau turut berpesan agar mula berniaga secara kecilkecilan terlebih dahulu.

“Jangan terus melakukan perniagaan yang besar kerana jika berlaku kerugian, kerugian itu tidak banyak berbanding perniagaan yang besar,” ujarnya.

Menyahut seruan kerajaan melalui Kempen Menu Rahmah, Pak Abu turut menyokong inisiatif tersebut dalam perniagaannya.

Menu Rahmah Putu Mayung boleh didapati di kios putu mayung Mydin Petra Jaya dengan harga RM5 satu set serta kuih deram.

Selain Menu Rahmah, putu mayung dijual dengan harga RM6 (empat keping) untuk set kecil manakala RM28.90 (30 keping) untuk set besar di kios putu mayung miliknya.

Putu mayung Pak Abu juga dijual menggunakan perkhidmatan e-panggilan dan tempahan secara terus melalui Facebook Pak Abu Putu Mayang atau menghubungi anaknya di talian 0146946842 (Siti Fatonah).

GAMBAR putu mayung yang dihidangkan bersama kuih deram.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru