ARTIKEL

Jual barang kemas milik nenek, lelaki didenda RM3,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara tiga bulan terhadap seorang lelaki tempatan selepas mengaku bersalah melupuskan harta curi sebentuk cincin emas milik neneknya dengan menjual ke sebuah kedai emas, November lalu.

Muhammad Zamri Mohammad Safberi, 26, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja melupuskan harta curi itu di sebuah kedai emas di Matang Jaya, sekitar jam 10 pagi, 22 November lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pada 2 Disember lalu, sekitar jam 9 pagi, pengadu yang berada di rumahnya di Matang menyedari dua utas gelang emas dan sebentuk cincin emas yang disimpan dalam beg tangan yang diletakan di atas katil ruang tamu telah hilang dicuri orang.

Anggaran kerugian yang dialami pengadu yang berusia 65 tahun itu sekitar RM9,000.

Laporan polis dibuat oleh pengadu untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 5 Disember lepas.

Rampasan turut dilakukan di sebuah kedai emas seperti sebentuk cincin emas, sepasang subang emas dan dua resit pembelian.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah melupuskan harta curi sebentuk cincin emas milik pengadu dengan menjual ke sebuah kedai emas pada 22 November lalu.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta