Trending

Jual bayi di media sosial

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

JAKARTA: Polis Malang, Jawa Timur menahan dalang kes pemerdagangan bayi baru lahir melalui Facebook.

Memetik Kompas, kes terbongkar selepas individu melihat kumpulan FB: Ambil anak angkat bayi baru lahir pada 3 September lalu.

Individu terbabit cuba menghubungi penjual di kumpulan WhatsApp “Adopter dan Bumil Amanah” selepas melihat satu pautan komen di media sosial tersebut.

Dia berpura-pura mahu membeli bayi tersebut, namun pada masa sama sudah melaporkan perkara itu kepada polis.

Tidak lama selepas itu, ‘si pembeli’ menerima mesej daripada pengendali kumpulan yang menawarkan beberapa bayi.

Menurut Pegawai Siasatan Jenayah Malang, Danang Yudanto, setiap bayi dijual pada harga antara 8 juta rupiah (kira-kira RM2,440).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru