ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Jual mercun tanpa permit sah, lelaki tempatan didenda RM300

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman denda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menyimpan 313 kotak mercun pelbagai jenis tanpa permit yang sah.

Sofiyan Omar, 31, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Peraturan 74 Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 76 Peraturan yang sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh memiliki bahan-bahan letupan tersebut di bulatan Jalan Satok 7, kira-kira jam 9.30 malam, 4 April lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda RM300.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan memerintahkan tertuduh dipenjara tiga hari sekiranya gagal menjelaskan denda yang dikenakan.

Menurut fakta kes, pada 4 April lalu, sekitar jam 9.30 malam, sepasukan polis telah melakukan serbuan di bulatan Jalan Satok kerana terdapat aktiviti penjualan mercun dan bunga api tanpa permit.

Semasa serbuan, pihak polis telah membuat pemeriksaan ke atas meja sebuah premis perniagaan yang didapati menjual serta menyimpan mercun dan bunga api tanpa permit yang sah.

Tangkapan dilakukan ke atas seorang lelaki, dan barang-barang seperti 313 kotak mercun bunga api pelbagai jenis turut dirampas.

Hasil siasatan mendapati tertuduh menjalankan aktiviti penjualan mercun dan bunga api tanpa lesen dan permit yang sah.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Dua maut, lori terbabas dan masuk gaung

LUBOK ANTU: Dua maut selepas lori yang dinaiki hilang kawalan, lalu terbabas ke dalam gaung di KM-7 Jalan Lubok Antu – Sri Aman, lewat petang

Bertemu semula lepas 47 tahun

KUCHING: Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri 1977 berkumpul di Hotel Serapi, di sini untuk majlis makan malam perjumpaan pada 18

BERITA TERBARU

Dua maut, lori terbabas dan masuk gaung

LUBOK ANTU: Dua maut selepas lori yang dinaiki hilang kawalan, lalu terbabas ke dalam gaung di KM-7 Jalan Lubok Antu – Sri Aman, lewat petang