ARTIKEL

Jual RON95 kepada warga asing, stesen minyak Bintulu dikenakan tindakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan ke atas sebuah stesen minyak di sini kerana menjual minyak petrol bersubsidi RON95 kepada warga asing.

Ketua Cawangan Pejabat KPDN Bintulu Al Redzamani Abdul Razak berkata, stesen minyak berkenaan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Menurutnya, tindakan tersebut diambil susulan tularnya aduan di media sosial tempatan yang menunjukkan sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran negara jiran sedang mengisi minyak petrol bersubsidi (RON95).

“Ini sekali gus menjawab dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan pihak KPDN gagal mengambil tindakan ke atas pengusaha minyak yang menjual minyak petrol RON95 dan diesel kepada kenderaan asing,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Al Redzamani berkata Pejabat KPDN Cawangan Bintulu dari semasa ke semasa telah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak bagi memastikan pematuhan larangan penjualan petrol RON 95 kepada warga asing.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU