ARTIKEL

Jualan Agro MADANI Sarawak cecah RM5 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak mencatat sebanyak RM5.059 juta nilai Jualan Agro MADANI iaitu penjenamaan semula program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) dalam tempoh bermula Januari hingga Disember 2023.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Aminuddin Zulkipli berkata, pencapaian tersebut merupakan hasil program Jualan Agro MADANI yang diadakan di 353 lokasi seluruh Sarawak dengan membabitkan seramai 7, 889 usahawan tempatan.

“Bagi Sarawak, pencapaian jualan Agro MADANI tahun epas mencatat nilai jualan RM5.059 juta.

“Ia merupakan hasil program yang diadakan di 353 lokasi di seluruh bahagian di Sarawak dengan melibatkan 7,889 usahawan,” katanya ketika merasmikan pelancaran jualan Agro MADANI Sarawak di Medan Niaga Satok, di sini, semalam.

Bagi perolehan jualan Agro MADANI negara, beliau mendedahkan negara mencatat nilai jualan RM90.8 juta setelah diadakan di 5,271 lokasi seluruh negara dengan melibatkan seramai 73,508 usahawan pada tempoh sama.

Jelas beliau, program terbabit berhasil mencatat nilai penjimatan sebanyak RM27.2 juta kepada 10.5 juta isi rumah.

“Ini membuktikan jualan Agro MADANI mendapat sambutan sangat baik dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan B40 dan M40,” katanya.

Beliau turut menegaskan pelaksanaan Jualan Agro MADANI terus diperluas dengan sasaran sebanyak 5,000 sesi jualan tahun ini. Katanya, sasaran tersebut dijangka memberi manfaat kepada 7.2 juta isi rumah dengan penjimatan dianggarkan bernilai RM77.25 juta.

Selain itu, FAMA juga mengambil pendekatan dengan memperluas program di outlet peruncitan FAMA di seluruh negara termasuk pasar tani, pasar tani kekal dan agrobazar.

Agro MADANI dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui tiga agensi pelaksana iaitu FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Penganjuran Jualan Agro MADANI merupakan jualan barangan pertanian segar terpilih pada harga berpatutan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur, daging dan ikan.

LAIN-LAIN BERITA

Eksport orkid sumbang RM4 bilion setahun

HASIL eksport orkid Malaysia mampu menyumbang RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan tinggi dari negara luar. Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian

BERITA TERBARU

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa