ARTIKEL

Jualan Mega Malaysia 2024 kini kembali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelaksanaan Jualan Mega Malaysia 2024 dijangka memberi impak signifikan sebanyak RM102.7 bilion dalam hasil pelancongan untuk tahun 2024.

Tourism Malaysia dalam satu kenyataan semalam berkata, kempen itu menjadi salah satu inisiatif utama yang bertujuan untuk mewujudkan aktiviti promosi pelancongan berimpak tinggi dengan Mastercard sebagai rakan kongsi utama.

Kempen tersebut kembali dianjurkan setelah empat tahun ditangguhkan bagi mempromosikan produk pelancongan tempatan.

“Inisiatif ini bukan sahaja mempromosikan Malaysia sebagai destinasi beli-belah terkemuka tetapi juga bertujuan merangsang ekonomi negara merangkumi sektor penginapan, gastronomi dan pelancongan.

“Jualan ini bermula dari 15 Jun hingga 31 Julai 2024, melibatkan peruncit dan pusat belibelah utama di seluruh Malaysia, dengan menawarkan diskaun sehingga 85 peratus.

“Program ini direka untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa, menjadikan pengalaman melancong di Malaysia lebih berharga,” kata kenyataan itu.

Kempen tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Khairul Firdaus Akhbar Khan bagi mewakili menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing di Pavilion, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Pengarah Umum Tourism Malaysia Manoharan Periasamy. Kempen ini turut mendapat sokongan penuh daripada pengendali pusat belibelah, persatuan hotel, agensi pelancongan, syarikat penerbangan, KTMB dan pemain industri pelancongan tempatan.

Ia bertujuan untuk memastikan pelancong menikmati pengalaman beli-belah yang menyeluruh dan berharga di Malaysia, selaras dengan slogan kempen jualan negara “MY Priceless Experience”.

Untuk 2024, kempen jualan nasional diadakan sebanyak dua kali iaitu Jualan Mega Malaysia pada 5 Jun hingga 31 Julai dan Jualan Akhir Tahun (15 November hingga 31 Disember).

Sementara itu, untuk 2025 dan 2026, kempen jualan nasional diadakan tiga kali setahun pada 1 hingga 31 Mac bagi Jualan Super Malaysia, Jualan Mega Malaysia (15 Jun- 31 Julai), Jualan Akhir Tahun (15 November- 31 Disember). Maklumat lanjut acara dan tawaran ini, sila imbas kod QR yang disediakan atau layari laman Tourism Malaysia di www. malaysia.travel.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke