Trending

Jualan Rahmah bergerak santuni lima kampung Parlimen Mas Gading

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Berkonsepkan ‘kedai cari rakyat’ jualan Rahmah bergerak (PJRB) menyantuni lima buah kampung di Parlimen Mas Gading, hari ini.

Program julung kali diadakan di Sarawak ini menggunakan perkhidmatan lori untuk bergerak ke perkampungan terpilih dalam usaha meluaskan ketercapaian rakyat mendapatkan manfaat daripada program ini.

Barang-barang keperluan pilihan dibawa dari gudang rakan strategik di bandar dan membuat jualan di beberapa kampung.

Antaranya, Balai Raya Kampung Senibong, Dewan Kampung Bokah, Balai Raya Kampung Stungkor, Balai Raya Kampung Storm Muda dan Dewan Kampung Stenggang.

Jika percubaan kali pertama ini berjaya, kemungkinan PJRB ini diluaskan ke kawasan lain bergantung kepada bajet, jarak, logistik dan sokongan rakan strategik.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru