KUCHING: Program Jualan Rahmah berlangsung dua hari bermula Jumaat 15 September di Stadium Perpaduan sempena sambutan Hari Malaysia.
Menurut poster dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), program jualan itu merupakan kerjasama bersama pasar raya Everrise.
Pada Jumaat, program jualan bermula 9 pagi hingga 6 petang.
Manakala, pada hari ini Sabtu jualan Bermula 9 pagi hingga 9.30 malam.
Pelbagai barangan keperluan asas seperti ayam, telur, minyak masak, gula dan tepung dijual pada program itu.
Bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, sambutan Hari Malaysia pada 16 September bermula dengan acara prapersembahan pada 7 malam sebelum acara rasmi pada 8.30 malam.
Pengisian program itu antaranya Konsert Hari Malaysia yang dijayakan oleh artis tempatan, upacara menandatangani Buku Khas Hari Malaysia serta perarakan masuk Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang.