Trending

Jualan Ramadan di hadapan rumah dibenarkan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) mengumumkan Bazar Ramadan 2021 di sini dibatalkan berikutan peningkatan kes Covid-19.

Pengerusi MPS Kaunselor Clarence Ting Ing Horh berkata, “bagi yang sudah beroperasi di hadapan rumah
masing-masing, mereka dibenarkan berbuat demikian” katanya.

Bagaimanapun, Ting meminta setiap gerai memaparkan kod QR Mysejahtera memudahkan pelanggan membuat imbasan kehadiran bagi tujuan pengesanan kontak jika berlaku sebarang jangkitan.

“Sila patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan,” tambahnya.

Terdahulu, DBKU, MBKS dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) membatalkan bazar Ramadan di kawasan pentadbiran masing-masing susulan penularan Covid-19 yang membimbangkan di negeri ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru