ARTIKEL

fifa.com

Juara Dunia Sepanyol Di Tangga Teratas Carta Baharu FIFA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Sepanyol mengakhiri penguasaan Argentina untuk merampas kedudukan teratas carta ranking dunia FIFA selepas menewaskan skuad “Albiceleste” 1-0 pada aksi final Piala Dunia pada Ahad malam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Saingan kejohanan musim panas ini menyaksikan perubahan ketara pada kedudukan ranking, dengan Norway menjadi penerima manfaat terbesar apabila melonjak 12 anak tangga ke kedudukan ke-19 keseluruhan selepas melangkah ke suku akhir, manakala Switzerland naik lima anak tangga ke kedudukan ke-15 selepas mara ke peringkat yang sama.

Perancis kekal di tangga ketiga di hadapan England, manakala Brazil naik satu anak tangga ke kedudukan kelima. Maghribi turut mencatatkan peningkatan apabila naik ke tangga keenam, manakala Portugal turun dua anak tangga ke kedudukan ketujuh.

Tuan rumah bersama Mexico naik empat anak tangga untuk menembusi kelompok 10 teratas, namun Jerman merosot dua anak tangga ke kedudukan ke-12 berikutan persembahan hambar yang berakhir dengan kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti kepada Paraguay pada pusingan 32 terakhir. – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak

BERITA TERBARU

Dul Jaelani sertai ITOK FEST

TEKA-TEKI mengenal artis Indonesia yang bakal menyertai barisan penghibur ITOK FEST akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pemuzik Abdul Qodir Jaelani, yang lebih dikenali sebagai Dul

Pencapaian penulis PUTERA

DALAM konteks perkembangan sastera di Sarawak, Hadiah Sastera Sarawak (HSS) memainkan peranan penting sebagai wadah pengiktirafan terhadap ketekunan, kreativiti dan sumbangan para penulis tempatan. Sebelum