Juara Futsal Piala Sarawak akan mewakili negeri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menjelaskan sang juara Kejohanan Futsal Piala Sarawak (Lelaki & Wanita) 2021 akan diberi peluang untuk menyertai Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) 2021.

Ia sekali gus, sebagai wakil Sarawak di pentas kebangsaan.

Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada pasukan berkenaan sama ada berkemampuan atau sebaliknya.

“Kita akan memberi keutamaan kepada pasukan yang bergelar juara daripada kedua-dua kategori berkenaan.

“Namun terpulang kepada mereka sama ada mahu atau tidak,” ujar Posa kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil itu, beliau turut menjelaskan keperluan kos bagi pasukan terlibat bersaing di MPFL 2021 memang besar.

Apatah lagi katanya, jika pasukan dari Sarawak atau Sabah yang hanya menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan utama.

Tambah Posa, sekiranya pasukan yang bergelar juara tidak berkemampuan, pihak FAS akan menggunakan pelan B.

“Kita akan mengenal pasti pemain berpotensi untuk pembentukan pasukan Sarawak bagi menghadapi kempen MPFL 2021,” ujarnya.

Suara Sarawak