ARTIKEL

Judi dalam talian, kaut RM150,000 keuntungan dicekup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Empat lelaki warga tempatan ditangkap hasil serbuan polis di sebuah rumah teres dua tingkat yang dijadikan sebagai pusat panggilan judi dalam talian (JOL) di Kuching City Mall, Ph 12 Penrissen-Stephen Yong, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan sekitar jam 2.55 petang.

Menurutnya, kesemua suspek yang ditangkap di dalam rumah sewa tersebut berusia lingkungan 20 hingga 44 tahun.

“Keempat-empat suspek yang mendiami unit perumahan itu dipercayai bertugas sebagai operator sindiket JOL dengan tawaran gaji antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan.

RAMPAS…Barangan kes disyaki digunakan untuk pengoperasian JOL dirampas.

“Manakala sindiket ini dipercayai telah menjalankan kegiatan judi atas talian bermula bulan April tahun lepas, dengan menjadikan ruang tamu dan bilik tidur rumah sewa ini sebagai pusat yang beroperasi 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedahnya, hasil siasatan awal turut mendapati jumlah keuntungan kasar bagi sindiket itu mencecah kepada jumlah RM150,000 sebulan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU