ARTIKEL

Judi online berselindung dalam kedai kopi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Beberapa kedai kopi yang beroperasi di bandar dalam kawasan Padawan telah digunakan untuk menjalankan kegiatan perjudian dalam talian, kata ADUN Batu Kitang Datuk Lo Khere Chiang.

Katanya aktiviti haram itu telah membawa kepada peningkatan kes curi dan rompak berskala kecil.

“Satu faktor yang menyumbang adalah rondaan polis yang terhad di kawasan Padawan.

“Selain itu, liputan kamera litar tertutup (CCTV) yang sangat terhad di kawasan berkenaan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Justeru, Lo berharap agar lebih banyak CCTV dipasang agar kegiatan itu bukan sahaja dapat dipantau malah memberi jaminan dari segi keselamatan masyarakat.

Selain itu, katanya rondaan pasukan penguat kuasa juga perlu dipertingkatkan kerana ia berpotensi menyumbang kepada keselamatan keseluruhan di setiap kawasan.

“Pemasangan CCTV sangat penting untuk membantu penguat kuasa undang-undang kita dalam membendung aktiviti haram dan memastikan bandar yang lebih selamat.

“Singapura misalnya, pada masa ini mempunyai 90,000 CCTV dan merancang untuk mempunyai 200,000 menjelang 2030,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU