Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Juma’ani kunjungi isteri TYT Sabah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan rombongan mengadakan kunjungan hormat terhadap Toh Puan Norlidah R.M di Istana Seri Kinabalu hari ini.

KUCHING: Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengetuai delegasi Sarawak mengadakan kunjungan hormat terhadap isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M di Istana Seri Kinabalu, hari ini.

Kunjungan berkenaan bersempena lawatan rasmi dua hari Juma’ani ke Sabah, bermula hari ini sehingga Jumaat.

Mengiringi Juma’ani ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier, Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Hasidah dalam kenyataan berkata, kunjungan itu antara lain bagi mengeratkan hubungan antara Sarawak dan Sabah sekali gus merintis kerjasama membabitkan kedua negeri itu pada masa hadapan.

Katanya, pertemuan itu juga untuk menjemput Toh Puan Norlidah melakukan kunjungan balas ke Sarawak.

“Kita berharap agar Toh Puan sudi melawat Sarawak dan bersama-sama berkongsi idea serta pengalaman berkaitan warisan songket dan keringkam yang kita laksanakan di Sarawak,” katanya.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datuk Dr Sabariah Putit, Pengerusi Sarawak Media Group, Dato Norhayati Ismail.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News