ARTIKEL

SELAMAT… Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin pada sidang media selepas menyertai Lawatan Mesra Datuk Bandar Petaling Jaya ke Flat Sri Aman dan Program Pendaftaran PADU bersama Ketua Perangkawan DOSM di Flat Sri Aman, Petaling Jaya, hari ini.

Jumlah daftar PADU cecah 10.8 juta, sasaran mendaftar 50 peratus rakyat mampu dicapai hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA, Selangor: Menjelang penutupan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tengah malam ini, jumlah rakyat yang mendaftar setakat 12 tengah hari ini meningkat kepada 10.8 juta, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata jumlah itu bersamaan 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhan 21.96 juta warga negara berumur 18 tahun ke atas, dan optimis sasaran 50 peratus rakyat berdaftar dengan sistem PADU mampu dicapai hingga tengah malam ini.

Beliau berkata sebanyak 1,902 kaunter pendaftaran secara fizikal dibuka hingga pukul 5 petang di seluruh negara di bawah program kerajaan, agensi dan peringkat komuniti hari ini.

“Berdasarkan laporan yang kami terima, kebanyakan kaunter secara fizikal yang dibuka hari ini menerima limpahan kedatangan orang ramai yang ingin mendaftar PADU dan ini menunjukkan rakyat menerima baik inisiatif sistem PADU.

“Setakat hari ini, antara negeri tertinggi jumlah pendaftaran PADU ialah Perlis, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan yang telah melepasi sasaran 50 peratus,” katanya.
 
Mohd Uzir berkata demikian dalam sidang media hari ini pada Program Lawatan Mesra Datuk Bandar dan Pendaftaran PADU bersama Ketua Perangkawan Malaysia di Flat Seri Aman, Seksyen 22, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata sejak sistem PADU dilancarkan pada 2 January lalu, sistem tersebut terus berfungsi tanpa gangguan atau ‘downtime’ biarpun berdepan aliran trafik pendaftaran yang tinggi.

Beliau berkata antara bukti sistem berkenaan telah dibangunkan dengan baik adalah khidmat pendaftaran serta proses kemas kini maklumat dapat dilakukan dengan lancar.

“Malah seperti yang kita uar-uarkan sebelum ini, sistem ini selamat digunakan dan data yang disimpan dalam sistem PADU juga selamat,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata data yang disimpan dalam sistem PADU akan memudahkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) membuat analisis dan bancian bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan selain membantu kerajaan memperkenalkan polisi yang sesuai dengan keperluan rakyat.

Menurutnya, DOSM memerlukan data yang bersifat dinamik untuk menjalankan analisis, dan bagi individu yang tidak mendaftar dengan sistem PADU, DOSM akan menggunakan data asas sedia ada.

Pendaftaran Sistem PADU berakhir tepat 12 tengah malam ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

PM UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN, HARI GAWAI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata kedua-dua perayaan mampu

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau